Tentang SewaNow.my
SewaNow.my adalah platform carian sewa Malaysia yang membantu penyewa mencari bilik, rumah, apartment, kondominium, unit dan pejabat sewa dengan lebih mudah dan bijak. Setiap iklan disokong dengan market insight untuk membantu pengguna membuat keputusan yang lebih yakin.
Misi Kami Sangat Jelas
Di SewaNow MY, misi kami adalah untuk membina platform sewa yang lebih telus, adil dan mudah digunakan oleh penyewa, landlord dan agent di Malaysia.
- Memberi ruang kepada penyewa membuat pilihan secara adil
SewaNow MY memberi pengalaman carian yang fokus kepada iklan sewa sebenar, supaya penyewa boleh membandingkan pilihan dengan lebih yakin, fair dan tanpa bias.
- Membantu penyewa mencari property dengan lebih yakin
Dengan rental insight pada iklan, penyewa boleh menilai pilihan berdasarkan maklumat yang lebih jelas sebelum menghubungi landlord atau agent.
- Memberi peluang kepada landlord dan agent untuk listing secara percuma
Landlord dan agent boleh letak iklan di SewaNow MY tanpa sebarang caj listing, tanpa kos tersembunyi dan tanpa langganan bulanan.
- Menjaga kualiti iklan sebelum diterbitkan
SewaNow MY mempunyai proses semakan dan kawalan iklan sebelum iklan diterbitkan, bagi membantu memastikan platform kekal lebih tersusun, relevan dan dipercayai.
- Mewujudkan ekosistem sewa yang lebih seimbang
Kami mahu penyewa mendapat pengalaman carian yang lebih baik, dan pada masa yang sama memberi landlord serta agent peluang yang lebih mudah untuk mencapai penyewa serius.
Untuk Penyewa
Cari sewa mengikut kawasan, laluan LRT/MRT, universiti dan landmark berdekatan. Bandingkan harga pasaran semasa sebelum membuat keputusan.
Untuk Tuan Rumah & Ejen
Paparkan iklan sewa secara percuma — tanpa kos tersembunyi dan tanpa langganan bulanan. SewaNow MY juga menawarkan penyelesaian pengiklanan untuk ejen dan pemaju yang ingin tampil lebih menonjol.
Baru dengan SewaNow MY?
Showcase membantu anda fahami cara platform ini berfungsi — sama ada sebagai penyewa atau tuan rumah dan ejen.